Being Me...

Complicated but I love mine.

Wednesday 9 October 2013

Complement Each Other.

Penting nih.Ye la kalo sorang maybe banyak lack kat sane sini.So we need somebody to complete us.Yang dapat tampung kekurangan kite.

Kite manusia biasekan,ade kelebihan and kekurangan.Kelebihan tu semua org dapat accept,yang kurangnyer tu,yang betol2 ikhlas nak faham jer yang boleh terima kite seadanye.

Tapi...tapi...janganlah sorang jer yang sibuk nak completekan lagi sorang tu.Tapi yang lg sorang tu buat tak taw jer.Tak jalan jugak macam tu. Same2 usaha la...same2 tolerate...baru idup aman bahagia...tak gitu??? ;)

Till then.Bye.

Tuesday 8 October 2013

Mata ke Hati?

Ade orang kate.Jangan tengok rupe,tengok hati. Should biar xde rupe,asal hati baik dan ikhlas.

Or should be biar ade rupe,tapi hati xde rupe.Biar sakit hati asal mate terjage.gitu?? Owh,sorry this one is big NO for me.

Or if you get both,lucky you...rezeki la tu...dua2 terjage,mata dan hati :)



#just my 2 cents ;) setelah lame x mengarut.


Back Again.Again!

Back on track.Bismillah.

Wednesday 3 July 2013

Back Again!

Hahaha..sat ade sat ilang da rupe chipsmore dah. Life quite hectic rite now, so much to do,but so little time.huaaa..

so....

till we meet again...

daaaaa



p/s: yang penting puas ati blog da rupe lain.hiksss ;)

Monday 1 April 2013

Wednesday 20 March 2013

T to the A to the W to the A to the U




Salam peeps,


Ok ape citer kat atas tu.Pandai mengeja kan.Sile eja sendiri.hahaha.Ok today kite nak belajar serba sikit pasal TAWAU.Kenape Tawau kan? Alaa nnt kt take turn negeri2 lain eh.Arini nak citer nak belajar pasal Tawau. To b honest,sebenarnye aku pon xtaw sangat pasal Tawau nie,taw2 cam gitu jer.Tu sebab kene study lebey ckit nih. Ape lagi,Pok Cik Google kan ade..


Tawau merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau. Ok complete,jalan darat ,laut ,udara sume ade :)

Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.


Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas danBalung sementara Parlimen Kalabakan mengandungi Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan. Ok yang nie baru taw.


Ramai yang tidak tahu sebenarnya penduduk tempatan Tawau adalah terdiri daripada Orang-Orang Melayu (Bumiputera Islam Sabah). Kewujudan orang Melayu di Tawau sebagai penduduk peribumi telah diiktiraf sejak dahulu semasa Kerajaan British lagi. Pengiktirafan ini turut dibuktikan dengan kewujudan Mahkamah Anak Negeri bermula tahun 1920 yang dianggotai antaranya 3 pemimpin Melayu iaitu Imam Mustapa, Habib Sheikh dan OKK Abdullah bersama pembantu-pembantu mereka. Hari ini, Mahkamah Anak Negeri dipengerusikan oleh OKK Ayub bin OKK Abu Bakar sebagai Ketua Anak Negeri yang menggantikan OKK Said Salabbi pada tahun 2000. Sebelum itu, jawatan Penghulu atau Ketua Anak Negeri pernah dipegang oleh beberapa orang di kalangan anak jati tempatan Melayu peribumi seperti OKK Kee Abdullah, OKK Abu Bakar, OKK Zainal, OKK Salleh Ajak, OKK Said Salabi dan OKK Kee Ayub.


Orang-orang Melayu ini sebenarnya gabungan masyarakat Melayu daripada pelbagai suku keturunan Melayu yang terangkum melalui hasil perkahwinan dan asimilasi berteraskan ikatan amalan agama Islam dan pertuturan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu Loghat Tawau selama ratusan tahun lagi. Mereka juga telah lama hidup bersama sejak zaman pemerintahan British dan zaman pendudukan tentera Jepun sehinggalah Sabah merdeka bersama Malaysia. Dari segi sejarahnya pula, mereka adalah orang-orang Melayu yang pernah bersatu di bawah satu pertubuhan lama, Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( P.K.M.T. ) pada tahun 1945 selepas tamat Perang Dunia dan pendudukan Jepun. Kemudian mereka bersatu pula di bawah payung sebuah parti politik keramat, Persatuan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada tahun 1961 untuk menuntut kemerdekaan Sabah bersama Malaysia. Pemimpin orang-orang Melayu Tawau yang pernah berjasa ialah Habib Sheikh (1912), Imam Mustapa (1925), Habib Hussein (1932), Penghulu Abu Bakar (1940), Haji Abdul Karim Haji Drahman (1959) dan Datuk Abu Bakar Titingan (1962).Hehh.Complete btol Mr.Wikipedia nih



Tawau mendapat jolokan sebagai "Bumi Peladang" kerana sebahagian besar muka buminya kini adalah kawasan perladangan.[5] Dahulu ketika awal kewujudan Tawau ketika zaman pemerintahan British iaitu sebelum era kemerdekaan, kawasan Tawau dipenuhi dengan ladang kelapa (kopra), getah dan pisang lanut (abaka), kini wajah Tawau sudah berubah wajah dengan pokok-pokok kelapa sawit yang terbentang luas jika dilihat dari atas muka bumi dan sebahagian kecilnya masih ditanam dengan tanaman koko yang dulunya juga pernah menjadi identiti daerah Tawau. Sebahagian besar ladang-ladang kelapa sawit ini adalah dimiliki Sime Darby Corporation, Sabah Softwood Sdn Bhd dan Borneo Samudera (Sawit) Sdn Bhd.

Selain itu, Tawau juga boleh dikatakan sebagai "Syurga Pendatang" kerana di sinilah ratusan ribu rakyat Indonesia dan rakyat Filipina yang teramai di Malaysia, datang bekerja secara sah dan menggunakan pasport untuk mencari rezeki yang halal dan menjanjikan pendapatan yang lebih baik berbanding di negara mereka. Kehadiran mereka adalah terkawal namun kewujudan mereka dengan jumlah terlalu ramai dan luar biasa memberikan satu fenomena yang menarik dan menjadi identiti Bandar Tawau yang sangat dibanggakan. Di Tawau ini, anda boleh melihat di mana-mana saja, rakyat Indonesia dan rakyat Filipina berada dan berjalan bebas seperti rakyat tempatan asalkan ada dokumen perjalanan yang sah. Fenomena seperti ini yang jarang ada di tempat lain. Setiap hari juga di jeti pendaratan berdekatan pelabuhan Tawau , ribuan rakyat Indonesia dan Filipina berulang alik untuk datang dan pergi ke kampung halaman mereka di Tanah Bugis, Sulawesi selatan (Pelabuhan Pare-pare) atau Kepulauan Sulu dan Tanah Mindanao (Zamboanga City) di Filipina. Satu pemandangan yang cantik dan sangat luar biasa.


Tawau juga mempunyai banyak keistimewaan lain seperti hutan semulajadinya yang merupakan kategori hutan tertua di dunia. Maliau Basin dan lembah Danum telah diakui sebagai khazanah hutan yang sangat berharga di dunia. Di Tawau adanya Hutan Simpan Bukit Gemuk yang begitu cantik pemandangannya jika dilihat dari jauh. Begitu juga Taman Negara Bukit Tawau atau juga dikenali sebagai Kawasan Peranginan 'Table'. Tempat ini menjadi kunjungan para warga Tawau yang inginkan ketenangan dengan kehijauan hutan rimba dan kedamaian deruan air terjun dan jeram yang mempesona. Di Taman Bukit tawau ini juga disediakan kemudahan hotel dan chalet dengan harga yang berpatutan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini. Selain itu, di sini juga disediakan kawasan untuk mereka yang suka mengadakan aktiviti perkhemahan. Mengikut maklumat pihak Pengurusan Taman Bukit Tawau ini, terdapat juga sebuah pokok tertua yang dikatakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara berdekatan taman peranginan ini. Pokok ini adalah daripada jenis pokok Tualang atau di Sabah ia lebih dikenali sebagai Pokok Menggaris.


Selain itu ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Tawau ini. Antaranya ialah Tawau Cocoa Village, Shan Shui Golf & Country Club, Balung River Eco Park dan beberapa lagi tempat menarik yang sedang dalam proses pengubahsuaian seperti Kolam Air Panas Semulajadi di Taman HotSpring dan Ranggu Holiday Valley di Batu 10. Tawau juga kini dilengkapi dengan banyak kemudahan rekreasi dan tempat beriadah seperti Taman Awam Muhibbah Tawau yang menjadi kunjungan para warga Tawau untuk melepas lelah pada hujung minggu. Taman ini yang telah diubahsuai menjadi lebih cantik dan menarik dengan tasik mini buatan, laluan trek berjogging yang panjang di sebalik kehijauan fauna yang menyegarkan, taman permainan kanak kanak, gimnasium rakyat, pasar mini buah-buahan FAMA, kemudahan surau dan tandas serta kemudahan ruang letak kereta yang luas untuk para pengunjung yang datang. Okey,x dapat nak imagine.Sile bawak saye pegi sume tempat ye ehemm.


Ok setakat itulah sesi pembelajaran hari ini.Hehehe.Really looking forward to know more ;)



P/S: Thanks and credit to Mr.Wikipedia.Haha.valid ke xvalid ntah aku CP nih.Sebab tu wujud tulisan biru2 n line2 tuh.haha.Halalkan la ye.


                                                                                                  




























Tuesday 19 March 2013

Kecelaruan + Kekeliruan

Salam

Tajuk pon da taw ape situasi kan..so really I am facing it rite now.Baru la taw camne perasaan itu..huhu..or should plus keserabutan di situ.

Okey,banyak bende n idea dlm kepala,since we decided pon da banyak.I tell you la,banyakkkk sgt.Tu yg jadi celaru and confuse xtentu pasai tu.Arrggghhhh.And at the end,until now I haven't decided anything yettttt.

Da decide a few time xctually tapi asik tukar je keje.Tengok tu nak tu,Tengok ni nak nie plak.Ni sume En.Google pny pasal lah nie! Sape suh tunjuk sume nice2 smp xleh nak decide sampai skang.

Before this da ingatkan myself da, stick to the decision.Tapi nan adooo jer la.Sampai org sekeliling pon pening aku nie nak ape sbnrnye. Well, I'm looking for the best xctually.Of course la kannn.

Untuk situasi camni,ketetapan hati tu amat penting sbnarnye..haaa baru sedar hokeh.Pejam celik pejam celik mase berjalan. Pagi g keje,blik keje,mkn ,tdo.ber We Chat,ber Whatsapp da sehari da berlalu. Ape pon xwat lagi nihhhhh.

Tengah type ni pon ade rase nak stress, I need chocolatesssss.Ok,itu bad habit,Tapi ade articles kt memang chocolate reduce stress ape.Antara tande2 stress yg dah ditunjuk ialah ade org terpakse melayan aku makan waffle di petang hari, kepala otak fkr bukan2, hormon nak mara tu terlebih banyak dan tahap kegedikan melampau.Hahahaha

Ok back to topic please..aku rase sume nie xkan ilang kot,sampailah waktunye.Eh pastu bole smbung stress fkr utk next year plak.Lepas next year baru x stress.How la how???


P/S: sampai saat ini belom decide pape.Maybe i need someone to tazkirah me on this matter ;)